Psst!

Konsep 7-Kerusi Subaru Mungkin Masa Depan Jenama

Kami agak suka dengan Konsep Subaru Ascent.  7 tempat duduk, yang akhirnya menggunakan sepenuhnya dalaman besar Subaru. Apa lagi, dalaman itu lari dari kebiasaan hitam dan perak Subaru untuk sesuatu yang lebih mencabaran. Lihat sahaja jumlah kulit kuning air dan coklat mereka ini.

Stereng mungkin lebih elok jika dikurangkan kilatnya sedikit, tetapi hey, ini hanyalah konsep.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini dia ketiga barisan tempat duduknya.

Seronok melihat bahawa barisan ke-3 kerusi walaupun mewah mempunyai ruang kaki yang cukup. Ianya mungkin lebih masuk akal jika 3 kerusi di tengah-tengah dan 2 di belakang tetapi mungkin yang ini adalah logik Subaru.

Bahagian luar berdasarkan lampu berbentuk C yang kini standard untuk Subaru (petanda yang enjin boxer ada didalam). Kita suka bagaimana mereka telah menyembunyi lampu besar dan isyarat ke dalam DRL. Sangat kemas dan rapi. Gril heksagon kelihatan yang lebih besar dan bengkak di sini, tetapi masih sesuai saiz dan segmen Ascent.

Rim pun cantik, tetapi ada yang lebih suka jika ianya kurang serabut dengan 2-tone yang lebih menonjol.

Previous post

Bagaimana Challenger SRT Demon Lebih Laju Dari Model S?

Next post

Sudahkah Audi Q2 Baharu Menunjukkan Mukanya?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *