Cerita Auto

Infiniti QX80 Monograph Bakal Muncul di New York Auto Show

Infiniti telah mendedahkan teaser bagi kenderaan konsep QX80 Monograph yang bakal membuat kemunculan sulungnya di New York Auto Show tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tiada maklumat lain yang diberikan mengenai SUV terbaru ini, selain daripada gambar di atas yang menunjukkan rupa terbaru SUV tersebut. Berbanding dengan model QX80 sedia ada, QX80 Monograph tampil lebih kacak dengan kedudukan lampu hadapan yang sama tinggi dengan gril serta rekaan bampar hadapan yang sporty.

Rekaan terbaru ini juga memberikan QX80 muka hadapan yang lebih seragam dengan kenderaan-kenderaan konsep Infiniti yang didedahkan sebelum ini iaitu QX Sport Inspiration dan QX50.

Dari aspek teknikal, QX80 Monograph dijangka mengekalkan platform ‘body-on-frame’ milik Nissan Patrol atau Armada seperti sebelum ini. Ia juga berkemungkinan tampil dengan enjin VK56 V8 versi terbaru, sistem pacuan empat roda canggih serta casis yang cukup kukuh untuk aktiviti off-road.

 

Previous post

UMW Umum Pemenang Pertandingan 'Toyota Dream Car Art' 2017

Next post

Hyundai Pilih Nama KONA Bagi SUV Kompak Terbarunya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *