Cerita Auto

BMW Group Malaysia Perkenalkan Program Full Circle Untuk X1 dan 5 Series

BMW Group Malaysia hari ini mempekenalkan Program Full Circle oleh Credit Malaysia, satu bentuk pembiayaan baru dan eksklusif untuk pelanggan Program Korporat BMW sedia ada. Program pembiayaan itu menawarkan lebih fleksibiliti dengan pilihan pembayaran yang luas. Ia dapat memastikan nilai kenderaan pada masa depan serta ketenangan minda apabila pelanggan korporat sedia ada membeli X1 sDrive20i dan 530i M Sport serba baharu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka untuk meningkatkan fleksibiliti dan jaminan kepada pelanggan Program Korporat BMW, program pembiayaan yang boleh diubah suai ini menawarkan pilihan pembayaran yang luas berdasarkan kepada bajet serta pengalaman pelanggan serta tempoh pinjaman lebih pendek menerusi pelan-pelan fleksibel yang disediakan.

Program ini terbuka kepada semua pelanggan Program Korporat BMW merangkumi pengarah, pasangan pengarah dan kakitangan syarikat. Selepas memilih kenderaan BMW yang mereka inginkan, pemilik baru boleh menentukan margin pembiayaan bermula 70 hingga 90 peratus daripada harga jualan kenderaan. Kemudian menyatakan terma perbatuan tahunan – di antara 20,000 km setahun atau 25,000 km setahun – berdasarkan gaya hidup dan kegunaan masing-masing.

The new locally-assembled BMW X1 sDrive20i  (1)

Pada penghujung tempoh pembiayaan, pemilik akan diberi beberapa pilihan penyelesaian pembayaran. Sama ada memulangkan kereta tanpa perlu tertakluk kepada terma dan syarat yang ditandatangani dalam Option Agreement; menukar atau menjual kenderaan kepada mana-mana pengedar sah BMW dan pilih sebuah kereta BMW baharu; membuat pembayaran penuh dan simpan BMW mereka; atau melanjutkan terma kontrak untuk menikmati kereta BMW mereka dalam tempoh lebih lama.

Program Full Circle BMW bermula dari RM2,258 sebulan untukX1 sDrive20i dan dari RM3,588 sebulan untuk 530i M Sport.

 

 

Previous post

Hyundai Azera dan i30 Terima Anugerah Red Dot

Next post

Jaringan Bengkel Shell Rimula Express Bantu Pemilik Bengkel Komersial Kembangkan Perniagaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *