Cerita Auto

Hyundai Azera dan i30 Terima Anugerah Red Dot

Hyundai Motor telah merangkul anugerah berprestij Red Dot untuk reka bentuk cemerlang untuk tahun keempat berturut-turut. Kali ini, Hyundai Azera (dikenali sebagai Grandeur di Korea) dan i30 (Elantra Sport) telah diberi pengiktirafan oleh badan antarabangsa tersebut untuk ‘Reka Bentuk Pengangkutan’ di bawah kategori ‘Reka Bentuk Produk’.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Azera merangkul anugerah ‘Reka Bentuk Berkualiti Tinggi’ manakala i30 pula diberi anugerah ‘Honorable Mention’ untuk reka bentuknya yang amat kompetitif. Kedua-dua model juga merupakan Hyundai pertama yang menampilkan rekaan gril baru yang dikenali sebagai ‘Cascading Grille’.

Ini merupakan anugerah ketiga i30 selepas anugerah reka bentuk PIN UP dan iF 2017, di mana para hakim memuji garisannya yang kemas dan tepat yang memberikannya penampilan penuh yakin.

2017hyundaii302-1

Bersama-sama dengan anugerah reka bentuk iF dan IDEA, Red Dot mewakili tiga anugerah reka bentuk antarabangsa yang paling berprestij. Dianjurkan oleh Design Zentrum Nordheim Westfalen, organisasi ini mengenal pasti rekaan-rekaan menarik dalam pelbagai bidang dan kategori.

Previous post

Garage Italia + BMW i = Kereta Hybrid Dengan Gaya Paling Unik

Next post

BMW Group Malaysia Perkenalkan Program Full Circle Untuk X1 dan 5 Series

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *