Berita Auto

UMW Toyota Motor Perkenalkan Pengerusi dan Presiden Baru

Dalam satu majlis korporat yang diadakan di Kuala Lumpur, Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMW Toyota Motor telah memperkenalkan Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman sebagai pengerusi dan Ravindran Kurusamy sebagai presiden baru syarikat itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah membawa bersamanya 30 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan unit amanah, pengurusan pelaburan dan kewangan korporat. Beliau pernah memegang jawatan sebagai presiden kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Sementara itu, Ravindran Kurusamy telah berkhidmat dengan UMWT sejak 26 tahun lalu dalam pelbagai bahagian. Beliau juga mempunyai hubungan akrab dengan rakan usahasama UMW iaitu Toyota Motor Corporation.

“Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah dan Ravindran mempunyai pengalaman yang luas dalam industri ini dan saya yakin mereka akan membawa idea serta pendekatan baru yang akan memberi manfaat kepada syarikat dalam usaha untuk membawanya ke tahap yang lebih tinggi,” kata Akio Takeyama.

Beliau juga sempat mengucapkan penghargaan buat bekas pengerusi iaitu Tan Sri Asmat Kamaluddin yang menerajui Kumpulan UMW dan UMWT sejak 2001 setelah bersara dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Datuk Ismet Suki merupakan presiden UMWT terdahulu juga diberi penghargaan di atas sumbangannya.

 

Previous post

Penuntut Kolej Menang Perodua Axia

Next post

Alpine A110 Sedia Untuk Debut di Geneva

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *