Berita Auto

Penuntut Kolej Menang Perodua Axia

Ahmad Irfan Ismail telah dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah semasa karnival MYPerodua Nation yang diadakan di Shah Alam dari 20 hingga 22 Januari 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Penuntut Management and Science University (MSU) berusia 25 tahun itu menerima kunci Perodua Axia 1.0L Advance daripada Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.

“Lebih 20,000 orang telah mengambil bahagian dalam karnival MYPerodua Nation yang diadakan di Shah Alam bulan lalu. Karnival ini menyediakan satu ruang untuk menjadi lebih dekat dengan pelanggan-pelanggan kami,” kata beliau. Dato’ Dr. Zahari juga mengesahkan bahawa Perodua akan mengadakan karnival kedua mereka pada suku ketiga tahun ini.

pic2

Sepanjang karnival tersebut, orang ramai dapat menikmati penjimatan dengan setiap pembelian yang dilakukan sambil meluangkan masa dengan keluarga dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuk permainan, konsert, pawagam terbuka dan lain-lain.

Selain itu, seramai lima ahli UFirst juga menerima hadiah cabutan bertuah masing-masing. Para pemenang diberi peluang untuk memilih hadiah-hadiah yang disediakan termasuk peralatan elektrik, telefon pintar, pakej percutian atau servis yang bernilai sehingga RM2,600.

 

Previous post

Porsche Panamera Turbo S E-Hybrid Bagai Raksasa Elektrik

Next post

UMW Toyota Motor Perkenalkan Pengerusi dan Presiden Baru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *