Cerita Auto

Isuzu Malaysia Perkenal D-Max 3.0L Single Cab

Isuzu Malaysia memperkembangkan barisan D-Max dengan pelancaran varian 3.0L Single Cab baharu. Menurut syarikat itu, ia adalah satu-satunya model trak pikap ‘single cab’ dengan enjin 3.0-liter yang dijual di negara ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti D-Max ‘double cab’, model Single Cab ini menampilkan enjin turbodiesel 3.0-liter VGS yang menghamburkan 177 PS dan 380 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda melalui transmisi manual lima kelajuan dan sistem pacuan empat roda. Isuzu Malaysia juga ada menawarkan varian 2.5L Single Cab dengan 136 PS dan 320 Nm.

Isuzu D-Max Single Cab 02

Trak pikap ini didatangkan dengan suspensi pegas daun di bahagian belakang untuk menampung berat berlebihan dengan lebih baik walaupun ia dipandu di atas permukaan mencabar. Suspensi hadapan pula merangkumi wishbone berkembar dengan pegas gegelung dan penstabil.

Isuzu D-Max Single Cab 04

Dari segi reka bentuk, D-Max Single Cab tampil gagah dengan bonet, gril dan bampar hadapan baharu, serta pelekat 4X4 eksklusif. Kabinnya pula didatangkan dengan kluster meter baharu yang kini menampilkan penunjuk anjakan gear.

Isuzu D-Max Single Cab 03

Aspek keselamatan pula terdiri dari ABS, Electronic Brake Force Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Traction Control System (TCS), Electronic Stability Control (ESC) dan Hill Start Assist (HSA).

Ditawarkan dalam warna Magnum White Solid, D-Max Single Cab dijual pada harga RM84,543.20 untuk varian 2.5L dan RM90,250.40 untuk varian 3.0L.

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Lancar Ibu Pejabat dan Akademi Latihan Baru

Next post

Pengenalan MINI Seven Edition Baharu.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *