Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Lancar Ibu Pejabat dan Akademi Latihan Baru

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan ibu pejabat barunya iaitu Wisma Mercedes-Benz serta Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong. Kemudahan baru ini dibina sebagai sebahagian daripada usaha MBM dalam menjadikan negara ini sebagai hab Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Wisma Mercedes-Benz adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Bangunan setinggi enam tingkat ini telah diiktiraf sebagai bangunan industri hijau pertama di Subang Jaya dan telah dianugerahkan Pensijilan Emas LEED (Leadership in Energy and Press-Information Environmental Design).

7) Collaboration Area (1)

Dengan pelaburan berjumlah RM74 juta, kemudahan ini menempatkan Mercedes-Benz Malaysia, Mercedes-Benz Services Malaysia, Daimler TSS GmBH dan Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia di bawah satu bumbung. Daripada luas keseluruhan 118,000 kaki persegi, 53,000 kaki persegi digunakan untuk pejabat operasi manakala selebihnya adalah untuk Akademi Latihan.

13) Workshop Practical Area (2)

Akademi Latihan tersebut mempunyai kapasiti untuk mengendalikan lebih 2,000 latihan setiap tahun. Ia mempunyai bengkel yang beroperasi sepenuhnya bagi simulasi tempat kerja sebenar dan bilik-bilik latihan yang dibina khas berdasarkan standard latihan global Daimler AG.

14) Drivetrain Repair & Overhaul Room

Pada majlis pelancarannya, Pengarah Latihan Global, Joerg Himmelmann, menyerahkan satu unit Mercedes-Maybach S500 kepada Naib Presiden Selepas Jualan MBM, Heinrich Schromm. Sedan mewah itu akan digunakan oleh para pelatih untuk rutin pembaikan dan diagnosis sistem.

Previous post

Honda City Facelift Dilancarkan di Malaysia

Next post

Isuzu Malaysia Perkenal D-Max 3.0L Single Cab

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *