Cerita Auto

Honda Wave Alpha Dikemaskini Untuk 2017

Boon Siew Honda telah secara rasminya memperkenalkan Wave Alpha MMC (Minor Model Change) yang kini lebih bergaya, cekap bahan api dan mesra alam sekitar berbanding model sedia ada yang dilancarkan sejak November 2015.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari aspek penampilan, kapchai terlaris Boon Siew ini kini hadir dalam skema warna Pearl Nightfall Blue (biru) serta dilengkapi dengan ekzos sporty dan pemegang belakang (untuk varian brek cakera sahaja). Warna Pearl Magellanic Black (hitam) dan Vivacity Red (merah) turut ditawarkan.

Pearl Nightfall BLUE_sideview

Diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Wave Alpha dikuasakan enjin 110 cc silinder tunggal yang menghasilkan 8.3 hp pada 7,500 rpm dan 8.6 Nm tork pada 5,500 rpm, dan kotak gear empat kelajuan yang bertanggungjawab menyalurkan kuasa ke roda belakang.

USP- Comfortable Rear Grab(cast wheel type only)

Ia dijual pada harga RM4,535.74 bagi varian asas dengan roda jejari dan brek gelendong, dan pada RM4,927.74 bagi varian dengan brek cakera dan roda tuang (cast wheels). Kedua-dua varian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

Vivacity RED

Previous post

Juara-juara Lamborghini Super Trofeo Middle East 2017

Next post

Porsche Panamera Sport Turismo Wagon Idaman Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *