Berita Auto

Porsche Panamera Sport Turismo Wagon Idaman Anda

Samada anda suka atau menyampah dengannya, Porsche Panamera mempunyai rekaan tersendiri yang membuatkannya agak unik. Namun untuk mereka yang gemarkan kenderaan wagon, kecantikan Panamera Sport Turismo baharu ini boleh dikatakan berada pada tahap yang berbeza sama sekali.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model terbaru Porsche ini akan membuat penampilan sulungnya di Geneva Motor Show, di mana lima varian iaitu Panamera 4, Panamera 4S, Panamera 4S Diesel, Panamera 4 E-Hybrid dan Panamera Turbo akan dipamerkan. Barisan model Sport Turismo didatangkan dengan ciri dan kelengkapan yang sama dengan Panamera biasa termasuk kokpit canggih, kawalan stereng roda belakang, Porsche Dynamic Chassis Control (PDDC Sport) dan Porsche Traction Management (PTM).

????????????????????????????

Dari segi rupa, Panamera Sport Turismo mempunyai rekaan unik bermula dari pintu belakang sehingga ke bahagian belakang, di mana bumbungnya bersambung menjadi spoiler adaptif. Sudut spoiler tersebut boleh ditetapkan dalam tiga peringkat bergantung kepada kelajuan dan situasi, dan ia berupaya menjana downforce sehingga 50 kg pada gandar belakang.

Pada kelajuan sehingga 170 km/j, spoiler tersebut kekal dalam posisi dengan sudut negatif tujuh darjah bagi tujuan mengurangkan daya seretan seterusnya meminimumkan penggunaan bahan api.

??????????????????????????????????????

Pada kelajuan yang lebih tinggi, sudut spoiler dikurangkan sehingga satu darjah bagi meningkatkan kestabilan pemanduan. Ketika dalam mod Sport dan Sport Plus, spoiler itu bergerak ke posisi ‘performance’ pada kelajuan 90 km/j ke atas. Sudutnya juga boleh diubah sehingga 26 darjah apabila bumbung panoramiknya dibuka bagi mengurangkan bunyi bising dari angin.

Sport Turismo merupakan model Panamera pertama yang menampilkan tiga tempat duduk belakang dengan kedua-dua tempat duduk sisi didatangkan dalam bentuk individu bagi membentuk konfigurasi 2+1. Sebagai pilihan, wagon itu juga boleh dipesan dengan konfigurasi empat tempat duduk dengan dua tempat duduk individu boleh laras elektrik di belakang.

???????????????????????????????????????????

Garis bumbung Sport Turismo yang dinaikkan sedikit membolehkan penumpang masuk dan keluar dengan mudah, manakala ruang bagasi dimanfaatkan sepenuhnya dengan pintu elektrik standard.

Sport Turismo mempunyai kapasiti storan berjumlah 520 liter (20 liter lebih besar berbanding Panamera biasa) yang boleh diperbesarkan sehingga 570 liter jika tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya. Jumlah tersebut boleh berkembang sehingga 1,390 liter jika kesemua tempat duduk dilipat sepenuhnya.

?????????????????????????????????

Bagaimanapun, varian 4 E-Hybrid mempunyai kapasiti sehingga 425 liter (1,295 liter jika kesemua tempat duduk dilipat) bagi memberi ruang kepada pak bateri sistem hibridnya. Untuk kemudahan, Porsche turut menawarkan pakej pengurusan bagasi yang merangkumi dua rel yang dipasang pada lantai kenderaan, pembahagi kompartmen serta soket 230V.

????????????????????????????

 

Previous post

Honda Wave Alpha Dikemaskini Untuk 2017

Next post

Pelanggan Bertuah Bawa Pulang Angpow Terbesar dari Volkswagen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *