Psst!

Teaser Gambar Volvo XC60 Model 2018

Teaser ini dari halaman Facebook Volvo menunjukkan kepada kita segelintir fascia depancrossovernya, memaparkan reka bentuk yang unik berbanding adik-beradik semasanya.

Tiada butiran khusus dari Volvo, tiada gambar-gambar yang nyata hanya satu tarikh: 7 Mac 2017. Itulah hari  XC60 baru akan diumumkan di Geneva Motor Show yang akan datang. Ini adalah rekaan semula yang pertama sejak diperkenalkan pada 2009.

Era baru kereta Volvo berkomunikasi interlinking  di seluruh dalaman kereta juga akan digunakan dalam XC60 ini. Sistem Audio Bower & Wilkins adalah satu perkara yang pasti. Pilihan powertrain mungkin akan sama dengan sedan S90. Turbocharged 4 silinder lebih daripada berkemungkinan akan menjadi enjin standard dengan penghantaran kuasa bermula daripada 240bhp sehingga 302bhp dari twincharged 4 silinder.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

XC60 ini akan membawa gaya Volvo yang pasti dengan persembahan sama seperti XC90 baharu, hanya kecil sedikit dengan LED lampu tanda tangan yang dilihat di sini dan jeriji yang bagak besar.

 

Previous post

Ford Gohed Manakala GM Gostan!

Next post

Kemana Arah Pasaran Kereta Kita?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *