Cerita Auto

Subaru XV Baru Akan Ditayangkan di Geneva

Gambar di atas adalah teaser kepada Subaru XV generasi terbaru (juga dikenali sebagai Crosstrek di Amerika Syarikat) yang akan membuat kemunculan global di Geneva Motor Show bulan Mac ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model terbaru ini merupakan kesinambungan kepada XV Concept yang diperkenalkan di Geneva pada tahun lalu. Apa yang boleh dilihat adalah garisan badan agresif yang dipadankan dengan rekaan tiang C yang menarik. Selain itu, cermin sisi juga dipasang pada pintu untuk imej yang lebih sporty.

Oleh kerana ia berasaskan Impreza, rekaan keseluruhan XV baru dijangka mirip Impreza model 2017. Kedua-dua model juga menggunakan platform global Subaru yang sama yang lebih rendah serta kukuh.

Aspek teknikal masih belum didedahkan, namun jangkaannya adalah ia akan mengekalkan enjin “boxer” 2.0 liter empat silinder, transmisi CVT dan sistem pacuan empat roda Symmetrical All-Wheel-Drive.

Previous post

Lamborghini Squadra Corse Hasilkan Lebih Dari 200 Unit Jentera Lumba Huracan Dalam 24 Bulan

Next post

Tempahan Honda BR-V Melebihi 4,000 Unit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *