Cerita Auto

Tempahan Honda BR-V Melebihi 4,000 Unit

Honda Malaysia mengumumkan yang tempahan untuk BR-V telah melebihi 4,000 unit tiga minggu selepas ia dilancarkan. Angka itu menjangkaui sasaran jualan sebanyak 800 unit sebulan dan bersamaan dengan jumlah sasaran jualan untuk tempoh lima bulan bagi model itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Honda Malaysia, 83 peratus daripada jumlah tempahan itu adalah bagi varian V manakala selebihnya untuk varian E. Dengan pelbagai ciri serta harga yang amat berpatutan, kebanyakan tempahan bagi BR-V datang daripada pelanggan yang belum pernah memilik jenama Honda sebelum ini.

Syarikat itu juga menegaskan yang tempoh penghantaran BR-V kepada pelanggan akan kekal selama satu hingga dua bulan walaupun menerima jumlah tempahan melebihi sasaran. Ini dilakukan dengan pelarasan jadual pengeluaran di kilang Honda Malaysia di Melaka.

The All-New BR-V also made impressions with its best in class features such as the biggest trunk space of 223L with all seats up and 539L with        3rd row seats folded, highest engine output of 120PS and highest gro

BR-V merupakan crossover dengan tujuh tempat duduk. Ia dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.5 liter yang menghasilkan 120 PS dan 145 Nm dan transmisi CVT yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan.

Aspek praktikaliti yang ditawarkan termasuklah ruang but sebesar 223 liter (539 liter jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya), 11 pemegang cawan, penghawa dingin automatik dengan penyaman belakang dan sistem audio dengan paparan 6.1 inci.

Mr. Katsuto Hayashi, MD and CEO of HMSB embarked on a special project to personalise his very own hand drawn All-New BR-V card to be delivered to all Honda customers in conjunction with their birthdays. -1

Dari segi keselamatan, BR-V yang menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP menawarkan ciri-ciri seperti dua beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), ABS, EBD serta Isofix.

 

Previous post

Subaru XV Baru Akan Ditayangkan di Geneva

Next post

Tonton Video Ciri-Ciri VW Golf 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *