Cerita Auto

Lamborghini Squadra Corse Hasilkan Lebih Dari 200 Unit Jentera Lumba Huracan Dalam 24 Bulan

Lamborghini Squadra Corse mencatat rekod baru dengan lebih dari 200 unit jentera lumba Huracan dihasilkan sejak 2015 hingga setakat ini. Unit yang ke-201 merupakan sebuah GT3 yang siap dipasang pada 18 Januari lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluar supercar itu menghasilkan dua jenis jentera lumba Huracan iaitu Super Trofeo untuk siri perlumbaan anjuran Lamborghini Squadra Corse di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Timur Tengah, serta GT3 untuk kejohanan GT di seluruh dunia.

Kedua-dua jentera berkongsi barisan pengeluaran yang sama dengan Huracan standard di kilang syarikat itu di Sant’Agata Bolognese di Itali. Setiap unit diselia sepenuhnya oleh juruteknik bertauliah dari pasukan Lamborghini Squadra Corse.

Huracan_2

Dengan berkongsi barisan pengeluaran, masa yang diambil untuk menghasilkan sebuah kereta dapat dikurangkan dan standard kualiti juga terjamin.

Huracan Super Trofeo membuat kemunculan pertamanya pada Ogos 2014 di Pebble Beach Concours d’Elegance di California, sebelum menyertai musim perlumbaan pada tahun berikutnya. Lebih 140 unit versi ini telah dihasilkan dalam masa dua tahun. Ia merupakan satu peningkatan berbanding 106 unit Gallardo Super Trofeo yang dihasilkan antara 2009 dan 2014.

Huracan_1

Versi GT3 pula menampilkan ciri-ciri aerodinamik yang lebih sofistikated serta kinematik suspensi yang dibangunkan dengan kerjasama Dallara. Perlumbaan pertamanya bermula pada tahun 2015 di Blancpain GT Series di Monza. Sebanyak 60 unit telah dihasilkan setakat ini dan 40 daripadanya telah mengambil bahagian dalam kejohanan GT sepanjang 2016, memenangi dua kejuaraan dan 52 podium.

Previous post

Tonton Resident Evil 6: The Final Chapter dan Menang Barangan BMW Motorrad

Next post

Subaru XV Baru Akan Ditayangkan di Geneva

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *