Cerita Auto

Raikan Tahun Ayam dengan BMW

BMW Malaysia raikan Tahun Ayam pada tahun 2017 dengan kempen CNY@BMW di seluruh negara.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen yang bermula hari ini hingga Ahad, 12 Februari 2017 menawarkan program pemilikan istimewa dengan kadar faedah pinjaman – dari 1.68%, Program Ultimate Protection dan Enhanced Road Warrior percuma oleh BMW Insurance (ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd. 735426-V) dan rebat sehingga RM8,000 bagi 3 Series dan 5 Series.

Para pemilik baru 3 Series dan 5 Series juga akan berpeluang memenangi pengalaman istimewa menjamu selera di restoran Cina terkemuka di serata Malaysia.

Kempen CNY@BMW ini akan turut menyaksikan kemunculan istimewa duta jenamanya di sekitar Lembah Klang untuk menghadiahkan paket ‘Ang Pow’ dan barangan BMW bagi menyambut Tahun Ayam sebelum mengadakan sambutan menyeluruh di semua pusat edaran di seluruh negara pada hujung minggu 4 dan 5 Februari serta 11 dan 12 Februari.

Previous post

Honda BR-V Dilancarkan di Malaysia

Next post

Naza Quest Lancar Pusat 3S Chevrolet di Klang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *