Berita Auto

Naza Quest Lancar Pusat 3S Chevrolet di Klang

Naza Quest telah melancarkan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) Chevrolet di Klang, sebagai sebahagian dari usahanya untuk memperkembangkan jenama itu di Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikendalikan oleh City Medal Sdn Bhd, ia adalah pusat 3S Chevrolet yang ke-24 di negara ini, di mana 17 daripadanya terletak di Semenanjung Malaysia manakala selebihnya di Sabah dan Sarawak.

Pusat itu dirasmikan oleh Tan Kar Teck, Pengarah Urusan City Medal Sdn Bhd, dan Farid Rosli, Ketua Syarikat Naza Quest Sdn Bhd. Ia terletak di atas kawasan seluas 44,000 kaki persegi dengan jumlah pelaburan sebanyak RM1.5 juta.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah bilik pameran, perkhidmatan mengecat (Body & Paint) serta pembaharuan cukai jalan dan insurans. Pelanggan boleh memilih untuk meninggalkan kenderaan mereka atau menunggu di dalam lounge yang dilengkapi dengan WiFi.

 

Previous post

Raikan Tahun Ayam dengan BMW

Next post

Volkswagen Group Masih Berdaya Saing & Berkembang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *