Cerita Auto

Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma di Facebook

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Perodua menyatakan yang ia tidak menjalankan kempen memberi 15 unit Myvi secara percuma melalui laman Facebook bernama “Perodua Malaysia Company”.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluar itu menegaskan yang ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun Facebook tersebut.

Walaupun posting tersebut sudah pun diturunkan, Perodua ingin menasihati orang ramai untuk merujuk saluran rasmi mereka untuk maklumat tentang kempen atau promosi.

FB screenshot

Saluran-saluran rasmi yang dimaksudkan adalah akaun Facebook di bawah nama “MYPerodua”, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus bagi pelanggan setia (www.ufirst.com.my).

Buat masa ini, Perodua sedang menjalankan kempen “Golden Prosperity Deals” yang menawarkan penjimatan sehingga RM3,888 setiap bulan bagi model terpilih. Orang ramai juga dijemput untuk hadir ke karnival MYPerodua Nation yang akan di adakan di tempat letak kereta Aeon Mall Shah Alam dari 20 hingga 22 Januari.

Previous post

Naza Tawar Pakej Pembiayaan Kia Value Plus 5

Next post

Dapatkan Beg Kitar Semula di Stesen BHPetrol di Kuala Lumpur dan Selangor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *