Cerita Auto

Naza Tawar Pakej Pembiayaan Kia Value Plus 5

Naza Kia Malaysia telah memperkenalkan Kia Value Plus 5, pakej pembiayaan terkini yang menawarkan lebih penjimatan bagi para pemilik Kia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menerusi Kia Value Plus 5, pelanggan Kia boleh menaik taraf kenderaan mereka dengan nilai trade-in yang terjamin selepas lima tahun pemilikan. Pakej ini ditawarkan kepada pelanggan yang membeli Sportage, Sorento dan Cerato di mana-mana pengedar sah jenama itu di negara ini.

Menurut Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, pelanggan Kia yang mendaftar dengan pakej pembiayaan ini akan menikmati ansuran bulanan serendah RM999 selama lima tahun. Dengan tawaran ini, pelanggan untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan sehingga 40 peratus dalam tempoh lima tahun pinjaman.

?????????????????????????????????

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi Kia Ang Pow Vaganza Day yang akan diadakan pada 14 dan 15 Januari ini bersempena dengan musim perayaan tidak lama lagi. Selain dari hadiah dan tawaran menarik, pelanggan yang membeli kenderaan Kia sepanjang Vaganza Day juga akan mendapat jaminan selama lima tahun dan pakej penyelanggaraan percuma selama tiga tahun.

 

Previous post

Nissan Navara Juara Rainforest Challenge Malaysia 2016

Next post

Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma di Facebook

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *