Cerita Auto

Nissan Navara Juara Rainforest Challenge Malaysia 2016

Selepas mengharung perjalanan yang mengujakan selama sepuluh hari yang menyaksikan manusia dan mesin diuji hingga ke hadnya, acara Rainforest Challenge Malaysia (RFC) 2016 yang berlangsung di Pahang berakhir dengan kejayaan besar apabila Nissan Navara dinobat sebagai pemenang Kategori Produk Trak Pikap.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Navara yang dianugerahkan Kategori Produk Trak Pikap mengiktiraf keupayaan yang berjaya melepasi cabaran RFC, biarpun hadir dalam keadaan standard. Ia hanya dilengkapi peralatan yang diperlukan untuk pertandingan seperti bull bars, lampu sorot halogen, winch, bar perlindungan, kit bantuan, tayar ekstrem, suspensi dan snorkel.

06 RFC 2016_Navara_Off-Road

Diakui sebagai salah satu daripada Sepuluh Perlumbaan Bermotor Paling Sukar Di Dunia, ia jelas membuktikan kemampuan Navara apabila ETCM menyediakan tiga unit trak pikap tersebut untuk perlumbaan itu. Dipasang dengan beberapa aksesori asas off-road 4×4 untuk mengharung cabaran RFC 2016, Navara telah diuji dan terbukti dalam kondisi perlumbaan 4×4 ekstrem sebenar yang berakhir pada 6 Disember lalu di Cameron Highlands.

01 Fabiana & Julieth with the Nissan Navara in RFC 2016

Dua unit digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk menyokong operasi keseluruhan dan mengurus aspek pengangkutan. Manakala unit ketiga digunakan dalam perlumbaan oleh dua orang wanita Brazil “Ladies of Steel”: Fabiana Martins (pemandu) dan Julieth Zanelato (penunjuk arah/pemandu kedua) yang perlu berdepan dengan Peringkat Khas (SS) yang sangat sukar, sama seperti peserta lelaki lain.

12 RFC 2016_Navara_Off-Road

Perlumbaan pada tahun ini bermula di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, di mana RFC mula-mula dilancarkan 19 tahun lalu. Aksi sepenuhnya mengambil tempat di Kuantan pada 27 November, iaitu di Kem Bukit Galing Brigade Tenggara HQ (Operasi Umum Pasukan Polis Diraja Malaysia). Para peserta dari 30 buah negara kemudian bersaing di laluan paling sukar di Malaysia yang merangkumi Gambang, Raub, Kuala Lipis dan berakhir di Tanah Rata (Cameron Highlands).

Orang ramai yang ingin mencuba Navara boleh berbuat demikian di Karnival Tahun Baru Cina Nissan, selain memandu uji barisan model Nissan serta persembahan Tarian Singa khas. Tarikh dan lokasi Karnival adalah seperti berikut:

ETCM CNY roadshow

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi siri jelajah Tahun Baru Cina Nissan seperti tarikh dan lokasi berikut:

ETCM CNY siri jelajah 02

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM Nissan di talian 1800-88- 3838.

Previous post

Porsche Cayman GT4 Clubsport Kini di Malaysia

Next post

Naza Tawar Pakej Pembiayaan Kia Value Plus 5

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *