Cerita Auto

Dapatkan Beg Kitar Semula di Stesen BHPetrol di Kuala Lumpur dan Selangor

Bagi menyokong inisiatif mesra alam yang sedang giat dijalankan, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) akan menyediakan beg membeli-belah kitar semula percuma di stesen-stesen terpilih di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur bermula dari 13 Januari 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Beg tersebut ditawarkan untuk mana-mana pelanggan yang membuat pembelian bernilai RM15 di kedai BHPetromart (tidak termasuk rokok, Touch N’ Go dan e-Pay) termasuk produk bahan api. Beg kitar semula jenis bukan tenunan (non-woven) itu boleh didapati tiga warna dan ditawarkan sementara stok masih ada.

James Khoo, Pengarah Runci BHPetrol berkata, “Ini adalah salah satu cara kami untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada para pelanggan. Dengan adanya promosi ini, kami berharap beg ini menjadi berguna kepada pelanggan untuk membawa barang-barang membeli-belah mereka dan pada masa yang sama, menyokong inisiatif mesra alam.”

Beg kitar semual tersebut boleh didapati di lebih dari 80 stesen BHPetrol dengan kedai BHPetromart di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Senarai stesen yang terlibat dalam kempen ini boleh didapati di www.bhpetrol.com.my.

 

Previous post

Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma di Facebook

Next post

Pakej Hebat dan Tawaran Menarik di DRB-HICOM Autofest 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *