Berita Auto

Pakej Hebat dan Tawaran Menarik di DRB-HICOM Autofest 2017

DRB-HICOM Autofest kembali lagi untuk edisi keenam, dengan pelbagai tawaran menarik dan pakej yang hebat. DRB-HICOM Autofest 2017 akan mempamerkan 10 jenama kenderaan di bawah portfolionya iaitu Proton, Lotus, Audi, Volkswagen, Honda, Jeep, Mitsubishi, Isuzu, Tata dan Modenas.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Karnival dua hari yang bercirikan kekeluargaan ini akan diadakan pada 14 dan 15 Januari 2017, jam 10 pagi hingga 6 petang, di Kompleks EON di Glenmarie, Shah Alam. Orang ramai berpeluang untuk melihat secara dekat kereta, trak dan pelbagai jenis model motosikal terkini, serta merebut diskaun istimewa dan pakej eksklusif yang ditawarkan.

Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM menggesa orang ramai agar meluangkan masa untuk berkunjung ke pesta yang diadakan selama dua hari ini dan mengambil peluang daripada tawaran menarik yang diberikan.

“Ini merupakan masa yang tepat untuk mendapatkan pelbagai tawaran hebat bagi memiliki sebuah kereta baharu dan meraikan musim perayaan ini dengan selesa dan bergaya. Kedua-dua kenderaan keluaran tempatan dan jenama luar, akan memberikan tawaran yang luar biasa untuk para pengunjung,” katanya.

Tambahnya lagi, pengunjung tidak akan dapat harga yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan secara eksklusif di Autofest ini. Audi akan menawarkan kadar faedah yang rendah iaitu sebanyak 0.88% selain daripada diskaun harga yang menarik, manakala Jeep akan menawarkan diskaun antara RM70,000 hingga RM150,000 untuk pelbagai model kenderaan mereka.

Proton akan menawarkan diskaun sehingga RM13,000, sementara Honda pula akan menawarkan pengurangan sehingga RM12,000 daripada harga semasa. Rangkaian kenderaan Volkswagen pula akan menawarkan diskaun sehingga RM4,000 dan para pengunjung akan dapat menikmati diskaun sehingga RM8,000 pelbagai model pikap Isuzu.

Bagi kenderaan komersil, Tata, akan menawarkan pakej diskaun khas sehingga RM18,000 bagi rangkaian model kenderaan mereka. Sementara itu, untuk setiap pembelian produk Modenas, pembeli akan menerima sebuah topi keledar dan baju hujan percuma. Pengeluar motosikal itu juga akan menawarkan yuran tempahan khas hanya sebanyak RM50 kepada pengunjung yang ingin membeli pelbagai motosikal semasa pesta ini.

??????????????????????

Terdapat juga acara lelongan khas bagi kereta Proton dan Audi pada 14 Januari (Sabtu) pada jam 2.30 petang. Sebanyak 45 buah kereta Audi dan 132 buah kereta Proton pelbagai model akan dilelong pada hari tersebut.

Selain itu, produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan automotif seperti aksesori kereta, pembiayaan kenderaan, auto insurans dan perkhidmatan pemeriksaan kereta (oleh PUSPAKOM) turut mempunyai diskaun. Barangan Ralliart dan alat ganti Mitsubishi menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus, dan para pengunjung juga akan menikmati diskaun sebanyak 70 peratus ke atas aksesori Spyder.

Selain daripada jenama automotif DRB-HICOM dan produk berkaitan, anak syarikat bukan permotoran seperti POS Malaysia dan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia juga turut mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di pesta ini. Yayasan Raja Zarith Sofiah juga akan turut mengambil bahagian di Autofest kali ini.

DRB-HICOM Autofest 2017 juga telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuklah pelbagai jenis permainan, simulator perlumbaan, trek kereta RC, penampilan selebriti, kawasan permainan kanak-kanak, badut, pertunjukan Pikachu dan tarian singa.

Para pelawat boleh mendapatkan cenderahati kenang-kenangan di gerai foto, dan juga menikmati pelbagai jenis makanan tempatan dan barat yang dijual berkonsepkan ‘food truck’.

Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton Saga 1.3 CVT baharu dalam cabutan bertuah khas, serta sebuah motosikal Modenas CT115s dan hadiah-hadiah menarik yang lain. Untuk melayakkan anda menyertai cabutan bertuah khas ini, para pengunjung perlu membeli produk bernilai RM50 atau lebih, atau menempah kenderaan di pesta ini.

DRB-HICOM juga akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik dari stesen LRT Glenmarie dan tempat letak kenderaan berhampiran untuk kemudahan para pengunjung ke DRB-HICOM Autofest 2017.

Previous post

Dapatkan Beg Kitar Semula di Stesen BHPetrol di Kuala Lumpur dan Selangor

Next post

Apakah Yang Seterusnya Untuk Volkswagen Group?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *