Berita Auto

Korea Selatan Haramkan Penjualan 10 Model BMW, Nissan dan Porsche

Korea Selatan telah mengharamkan penjualan 10 model keluaran BMW, Nissan dan Porsche selepas siasatan mendapati ada pemalsuan dokumen berkaitan dengan ujian pelepasan (emission test).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model-model yang terlibat adalah Nissan Qashqai, BMW X5 M, Infiniti Q50, Porsche Macan S Diesel, Cayenne S E-Hybrid, Cayenne Turbo, 918 Spyder, Cayman GTS, 911 GT3 dan Panamera S E-Hybrid.

Enam daripadanya masih lagi dijual, manakala empat telah pun dihentikan pengeluaran. Pensijilan bagi kesemua model juga telah ditarik.

porsche_macan_3

Memetik kenyataan Kementerian Alam Sekitar Korea Selatan, Reuters melaporkan yang ketiga-tiga pengeluar tersebut telah dikenakan denda sebanyak 7.17 bilion won (RM26.5 bilion) yang melibatkan 4,523 unit kenderaan yang telah dijual di negara itu.

Tindakan tegas ini datang selepas negara itu mendenda Volkswagen bagi kesalahan pengiklanan palsu mengenai tahap pelepasan bagi kenderaan yang dijual dalam pasaran tempatan. Sebelum itu, pada bulan Ogos, Korea Selatan turut menghentikan penjualan 80 model Volkswagen akibat pemalsuan dokumen berkaitan tahap pelepasan dan ujian bunyi.

Previous post

5 Pemenang Siri GT Asia 2016

Next post

MINI John Cooper Works Rally Sedia ke Rali Dakar 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *