Cerita Auto

5 Pemenang Siri GT Asia 2016

Selepas musim yang paling sengit sejak enam tahun Siri GT Asia diadakan, kami imbas kembali lima pemenang mengikut jumlah perlumbaan dan podium yang dimenangi. Yang menariknya, juara 2016 iaitu Edoardo Liberati dan Andrea Amici berada di tempat keempat dengan hanya satu kemenangan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

1. Jonathan Venter/Keita Sawa (#8 Bentley Continental GT3)
3x menang (South Korea x2, Fuji – Race 2), 4x podium

Walaupun dengan tiga kemenangan, pasangan ini tersasar dari saingan kejuaraan dengan Venter berada di tempat kelima keseluruhan (perbezaan 31 mata dengan Liberati dan Amici) dan Sawa di tempat ketujuh.

Prestasi cemerlang pasukan itu pada awal musim juga dicemari oleh nasib kurang baik melibatkan masalah teknikal pada pertengahan musim.  

2. Anthony Liu/Davide Rizzo (#37 Ferrari 488 GT3)
2x menang (Thailand – Race 2, Shanghai#1 – Race 1), 5x podium

Sejak beraksi buat pertama kali pada Mei 2014, Liu dan Rizzo yang mewakili BBT Ferrari sentiasa bersaing rapat bagi merebut kejuaraan. Musim 2014 menyaksikan Liu merangkul empat kemenangan, meletakkannya di tangga kedua, 5 mata di belakang Mok Weng Sun.

Duo itu mencatat dua kemenangan pada 2015 (termasuk Sepang 3-Hour Race) sekaligus menghabiskan saingan di tempat ketiga walaupun terlepas satu saingan di Fuji. Mereka bermula cemerlang tahun lalu, dengan rekod enam podium berturut-turut di Korea Selatan dan kemenangan pertama di Thailand.

GTAsiaSeries_SIC2_P1_Rizzo_191016_med

3. Marchy Lee/Shaun Thong (#5 Audi R8 LMS GT3)
2x menang (Thailand – Race 1, Okayama -Race 2), 4x podium

Marchy Lee memulakan saingan 2016 dengan sasaran untuk mengetuai Pheonix Racing Asia bukan sahaja sebagai pemandu, malah sebagai ketua pasukan bersama-sama dengan Ernst Moser. Berbekalkan dua unit Audi R8 LMS GT3, Lee merekrut pemandu rookie iaitu Shaun Thong (20 tahun) sebagai pembantunya.

Kepantasan jentera mereka terbukti di Korea Selatan, di mana Thong mendapat tempat keenam dalam perlumbaan pertamanya dalam pusingan ‘Pro’. Lee pula mendahului senarai catatan masa untuk mendapat petak pertama dalam Race 2.

4. Edoardo Liberati /Andrea Amici (#55 Lamborghini Huracan GT3)
1x menang (Fuji – Race 2), 7x podiums

Walaupun diangkat sebagai juara keseluruhan, FFF Racing Team yang diwakili oleh Liberati dan Amici hanya berada di kedudukan keempat jika dilihat dari jumlah kemenangan dan podium.

Dua pemandu baru itu berada dibawah tekanan pada peringkat awal musim, dengan masalah brek di Korea dan kesilapan teknikal di Thailand oleh Liberati. Di Okayama, mereka mula menunjukkan keserasian sebagai satu pasukan dan walaupun tidak selalunya terpantas, mereka sentiasa berada di kedudukan lima teratas. Tujuh podium dari 12 perlumbaan meletakkan mereka sebagai juara.

GTAsiaSeries_SIC2_Q1_Liberati_191016_med

5. Adderly Fong/Andrew Kim (#7 Bentley Continental GT3)
1x menang (Okayama – Race 2), 5x podium

Ramai menjangka Fong dan Keita Sawa mempamerkan aksi yang lebih menarik pada musim 2016, namun gandingan itu berpecah selepas Sawa menyertai Jonathan Venter. Fong pula memilih pemandu Korea Selatan yang semakin meningkat iaitu Andrew Kim sebagai rakan sepasukannya.

Pasukan Bentley itu bermula kencang apabila Fong berjaya mendapat petak pertama di Korea Selatan, sebelum menghabiskan perlumbaan di tempat kedua. Malang bagi pasangan ini apabila kerosakan teknikal memaksa mereka untuk pulang awal.

GTAsiaSeries_BIC_Bentley_9_100616_med

Senarai pemenang Siri GT Asia 2016

Rnd#1 (South Korea) – Jonathan Venter/Keita Sawa (#8 Bentley)
Rnd#2 (South Korea) – Keita Sawa/Jonathan Venter (#8 Bentley)
Rnd#3 (Thailand) – Shaun Thong/Marchy Lee (#5 Audi R8 LMS)
Rnd#4 (Thailand) – Anthony Liu/Davide Rizzo (#37 Ferrari 488)
Rnd#5 (Okayama) – Adderly Fong/Andrew Kim (#7 Bentley)
Rnd#6 (Okayama) – Marchy Lee/Shaun Thong (#5 Audi R8 LMS)
Rnd#7 (Fuji) – Carlo Van Dam/Piti Bhirombhakdi (#11 Ferrari 458)
Rnd#8 (Fuji) – Andrea Amici/Edoardo Liberati (#55 Lamborghini)
Rnd#9 (Shanghai#1) – Davide Rizzo/Anthony Liu (#37 Ferrari 488)
Rnd#10 (Shanghai#1) – Keita Sawa/Jonathan Venter (#8 Bentley)
Rnd#11 (Shanghai#2) – Alex Yoong/Alex Au (#6 Audi R8 LMS)
Rnd#12 (Shanghai#2) – Jeroen Mul/Marco Mapelli (#15 Lamborghini)

Previous post

Kia Siarkan Trailer GT 2018 Baharu

Next post

Korea Selatan Haramkan Penjualan 10 Model BMW, Nissan dan Porsche

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *