Cerita Auto

MINI John Cooper Works Rally Sedia ke Rali Dakar 2017

MINI akan mengambil bahagian dalam perlumbaan Rali Dakar 2017 dengan mempertandingkan jentera John Cooper Works Rally yang dibina berdasarkan pengalaman pasukan itu dalam memenangi empat kejuaraan Dakar (2012-2015) dan empat piala FIA.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jentera yang berasaskan model Countryman itu dibangunkan dengan kerjasama dari rakan kongsi motorsport pasukan itu iaitu X-raid. Ia dikuasakan oleh enjin diesel 3.0 liter TwinPower Turbo yang menghasilkan 340 hp pada 3,250 rpm dan 800 Nm pada 1,850 rpm, dengan bantuan penghad udara 38 mm.

MINI-Rally-26

Sementara itu, kotak gear sequential SADEV enam kelajuan dengan differential depan dan belakang ditugaskan untuk memacu kuasa ke kedua-dua gandar John Cooper Works Rally. Sistem ekzos Akrapovic juga disertakan bagi membangkitkan semangat pemandu dan juga peminat yang mendengar.

MINI-Rally-44

Bahagian badan jentera ini menggunakan bahan campuran gentian karbon dan Kevlar sementara lantai bercorak ‘honeycomb’ juga menggunakan bahan yang sama. Menurut MINI, ia bukan sahaja lebih kukuh dan ringan, malah mudah diganti jika berlaku kerosakan.

MINI-Rally-45

Kabinnya pula menempatkan papan pemuka gentian karbon yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pemandu, tengah dan pembantu pemandu. Pemandu dapat melihat info seperti kedudukan gear, RPM dan nisbah gear di papan instrumen manakala pembantu pemandu pula memerhatikan maklumat seperti kelajuan, tekanan minyak, suhu cecair dan segala fungsi elektronik termasuk sistem navigasi.

MINI-Rally-53

Bagi menghadapi cabaran berlumba di atas permukaan yang tidak rata dan kasar, MINI John Cooper Works Rally dilengkapi dengan sistem suspensi dari Reiger Racing Suspension. Ia juga didatangkan dengan brek cakera bersaiz 320 mm dengan angkup enam piston yang disejukkan melalui penggunaan udara dan air.

Previous post

Korea Selatan Haramkan Penjualan 10 Model BMW, Nissan dan Porsche

Next post

Tonton Bab 1 The House Of Rolls-Royce Di Sini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *