Motosikal

Ducati Mulakan ‘Red Weekend’ Hujung Minggu Ini

Berminat dengan Ducati Panigale 959? Bagaimana pula dengan Monster 821, Multistrada 1200 Enduro, Hypermotard 939 atau Scrambler?

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Anda boleh menunggang uji kesemua model tersebut di acara Ducati Red Weekend yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini (7 – 8 Januari) di bilik pameran Ducati Kuala Lumpur di Naza Automall.

Acara itu juga akan diadakan di semua pengedar Ducati di seluruh negara, termasuk outlet di Pulau Pinang, Sg. Buloh dan Johor.

Selain dari persembahan secara langsung dan juga makanan serta minuman, pengunjung juga boleh menikmati tawaran-tawaran menarik untuk motosikal Ducati, barangan dan pakaian, alat ganti serta aksesori.

Bersempena dengan acara Red Weekend, Ducati juga akan menyampaikan hadiah utama berupa Panigale 1199 ABS dengan warna WSBK kepada pemenang Peraduan Beli dan Menang Merdeka Autofair. Lima unit Vespa LT150 juga akan disampaikan sebagai hadiah saguhati.

 

Previous post

Kawasaki Lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya

Next post

VIDEO: Honda Perkenal Teknologi Riding Assist di CES 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *