Berita Auto

Dendrobium: Hypercar Elektrik Pertama dari Singapura

Jentera yang kelihatan seperti ia datang dari filem sains fiksyen ini dikenali sebagai Dendrobium. Ia merupakan sebuah hypercar yang dibangunkan oleh syarikat mobiliti elektrik dari Singapura iaitu Vanda Electrics.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal diperlihatkan di Geneva Motor Show pada bulan Mac ini, Dendobrium menampilkan rekaan aerodinamik dengan gabungan struktur komposit ringan serta rangkaian kuasa elektrik yang dibangunkan oleh Williams Advanced Engineering. Williams merupakan syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam pembikinan jentera F1.

dendrobium-teaser1

Ia juga mempunyai rekaan badan yang unik dengan pintu dan bumbung automatik yang boleh dibuka secara serentak, menyerupai bunga orkid Dendrobium yang sedang mengembang. Genus orkid tersebut dikatakan berasal dari republik itu. Bahagian dalamannya pula akan menampilkan upholsteri kulit dari Scotland yang dibekalkan oleh syarikat Bridge of Weir.

“Dendrobium adalah hypercar Singapura yang pertama dan kemuncak kepada kepakaran Vanda Electrics dalam reka bentuk dan teknologi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vanda Electrics, Larissa Tan. “Saya tidak sabar untuk mendedahkan kereta itu kepada dunia pada bulan Mac nanti.”

Previous post

Batmobile LEGO Muncul di Detroit Auto Show

Next post

McLaren Super Series Generasi Kedua Lebih Aerodinamik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *