Cerita Auto

Wards Senarai 10 Enjin Terbaik Bagi 2016

Waktunya telah tiba untuk kita melihat para pemenang 10 enjin terbaik Wards bagi 2016 dan buat pertama kalinya dalam 23 tahun, tiada enjin V8 yang berjaya disenaraikan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tiga daripada pemenang tahun ini merupakan drivetrain elektrik manakala selebihnya menggunakan pengecas turbo. Ini adalah gambaran jelas terhadap trend industri yang lebih ke arah pengecilan saiz dan penggunaan sistem ‘forced induction’ seperti turbo atau supercharger, dan suntikan bahan api.

Berikut adalah senarai pemenang mengikut turutan abjad:

  • 3.0L Turbocharged DOHC I-6 (BMW M240i)
  • 1.5L DOHC 4-cyl./Dual Motor EREV (Chevrolet Volt)
  • 3.6L DOHC V-6/Dual Motor PHEV (Chrysler Pacifica Hybrid)
  • 2.3L Turbocharged DOHC 4-cyl. (Ford Focus RS)
  • 2.0L DOHC 4-cyl./Dual Motor HEV (Honda Accord Hybrid)
  • 1.4L Turbocharged DOHC 4-cyl. (Hyundai Elantra Eco)
  • 3.0L Turbocharged DOHC V-6 (Infiniti Q50)
  • 2.5L Turbocharged DOHC 4-cyl. (Mazda CX-9)
  • 2.0L Turbocharged DOHC 4-cyl. (Mercedes-Benz C300)
  • 2.0L Turbo/Supercharged DOHC 4-cyl. (Volvo V60 Polestar)

Tahun ini, sebanyak 40 calon diuji oleh para editor WardsAuto dari Oktober hingga November. Kereta-kereta yang diuji digunakan dalam urusan harian seperti memandu ke tempat kerja, sekolah atau kedai, dan juga ke destinasi percutian. Antara syarat yang ditetapkan adalah harga setiap kenderaan yang diuji tidak boleh melebihi $62,000 (RM276,737).

Pemarkahan diberi mengikut jumlah kuasa kuda, tork, spesifikasi, pengurangan bunyi, penjimatan bahan api dan juga aplikasi teknologi baharu.

Previous post

TC Euro Cars Adakan Promosi Akhir Tahun Untuk Renault Captur dan Fluence

Next post

Uber Lancar Program Pemanduan Autonomous di San Francisco

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *