Berita Auto

TC Euro Cars Adakan Promosi Akhir Tahun Untuk Renault Captur dan Fluence

TC Euro Cars kini menawarkan promosi akhir tahun untuk model Captur dan Fluence. Tawaran ini turut menyediakan perlindungan tambahan kepada pelanggan di sebalik kebimbangan kenaikan kos dan ketidaktentuan keadaan ekonomi pada masa depan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka bagi menawarkan pengalaman yang menyenangkan dan lebih nilai untuk wang, para pelanggan akan menikmati penjimatan menerusi pakej servis percuma selama setahun dan juga pakej bayaran bulanan percuma selama setahun.

Untuk memberi lebih banyak penjimatan, pelanggan yang membeli kenderaan lain sepanjang tempoh promosi akan menikmati servis kereta percuma – maksimum sehingga dua servis berjadual – pada tahun pertama pemilikan atau 20,000km. Mereka juga boleh memilih rebat tunai sebagai ganti kepada pakej servis percuma tersebut.

?????????

Promosi Akhir Tahun Renault sah untuk kenderaan yang didaftarkan dalam tempoh promosi sahaja iaitu sehingga 31 Disember ini.

Renault Captur ditawarkan pada harga RM117,200 seunit, manakala Renault Fluence berharga RM119,888. Harga di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia sahaja.

Renault Fluence_White Pearl

Sama seperti semua kenderaan Renault yang lain, Captur dan Fluence hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan tidak dikendalikan oleh mana-mana syarikat insurans. Maka terma dan syarat serta alat ganti yang dilindungi adalah konsisten dari tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat.

Previous post

Lihat Bagaimana VW Golf Mk7e Dibuat

Next post

Wards Senarai 10 Enjin Terbaik Bagi 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *