Cerita Auto

Uber Lancar Program Pemanduan Autonomous di San Francisco

Uber telah memperkembangkan program pemanduan autonomousnya ke San Francisco, California dengan menggunakan Volvo XC90 yang telah diubah suai.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Langkah itu merupakan sebahagian dari usahasama di antara Uber dan Volvo yang ditandatangani pada Ogos tahun ini bagi membangunkan projek kenderaan tanpa pemandu. Sebelum ini, kenderaan-kenderaan tersebut diuji di Pittsburgh, Pennsylvania.

Barisan XC90 yang digunakan dalam ujian kali ini dibina khas oleh Volvo, lengkap dengan perkakasan serta perisian pemanduan autonomous, termasuk alat kawalan yang terletak di atas bumbung, sebelum dijual kepada Uber.

?????????????????????????????????????????????????????????????????

Kereta-kereta akan beroperasi di sekitar bandaraya San Francisco secara autonomous atau tanpa pemandu. Namun, seorang juruteknik Uber akan ditempatkan di dalam setiap kenderaan pada setiap masa untuk tujuan penyeliaan.

Kerjasama dengan Uber adalah salah satu strategi Volvo dalam usahanya untuk membangunkan teknologi pemanduan autonomous. Pada Januari 2017, pengeluar kenderaan dari Sweden itu akan melancarkan projek Drive Me yang akan melibatkan 100 buah kenderaan autonomous di Gothenburg.

?????????????????????????????????????????????????????????????????

Selain itu, Volvo juga menjalinkan lerjasama dengan Autoliv untuk membangunkan sebuah syarikat yang akan mereka dan mengeluarkan pakej teknologi pemanduan autonomous untuk dijual kepada pihak ketiga (OEM).

 

Previous post

Wards Senarai 10 Enjin Terbaik Bagi 2016

Next post

Raikan Krismas Dengan Rebat Sehingga RM25,000 di MINI Bangsar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *