Cerita Auto

VIDEO: Mercedes-AMG GT R Takluk Nurburgring

Mercedes-AMG GT R menjadi kereta sport terbaru untuk menakluk litar Nurburgring dengan catatan masa 7:10.92.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikendalikan oleh majalah automotif Jerman “Sport Auto”, rekod itu meletakkan GT R di tempat ketujuh keseluruhan di belakang pesaing-pesaingnya seperti Nissan GT-R Nismo, Lamborghini Aventador SV dan Porsche 918 Spyder.

Diperkenalkan buat pertama kali di Goodweed Festival of Speed 2016, GT R menampilkan ciri aerodinamik aktif, suspensi yang dipertingkatkan serta rim forged.

Ia dikuasakan oleh enjin 4.0 liter twin-turbo V8 yang menghamburkan 576 hp dan 700 Nm, lebih tinggi berbanding 503 hp yang boleh didapati pada model GT S.

Nuburgring bukanlah persekitaran yang asing buat GT R. Kereta sport dibangunkan dan diuji di litar terkemuka itu, dan warna hijau yang dikenali sebagai ‘Green Hell Magno’ juga merujuk kepada Nurburgring.

Previous post

Nissan Patrol Wagon Dapat Versi Terakhir Hanya Untuk Australia

Next post

Chevrolet Cruze dan World Touring Car Championship

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *