Cerita Auto

Chevrolet Cruze dan World Touring Car Championship

Chevrolet bukanlah nama yang asing dalam dunia sukan bermotor, terutamanya dalam kejohanan World Touring Car Championship (WTCC). Sejarah perlumbaan jenama itu bermula dari pengasasnya, Louis Chevrolet, yang berlumba dengan kereta buatan sendiri lebih 100 tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Chevrolet membuat penampilan pertama dalam WTCC pada 2005 selepas jenama itu dilancarkan semula di Eropah dengan mempertandingkan Lacetti sedan tanpa sebarang pengalaman dalam perlumbaan itu. Langkah berisiko itu ternyata membuahkan hasil apabila pasukan itu berjaya memenangi 14 perlumbaan, 38 podium, lapan permulaan petak pertama dan sembilan rekod terpantas selepas empat musim.

IMA_040

Cruze WTCC hanya muncul pada 2009, setahun selepas model tersebut dilancarkan di Paris Motor Show 2008. Dibangunkan oleh Ray Mallock Ltd. (RML) yang berpengalaman dalam membina kereta lumba touring, GT dan rali, Cruze WTCC tidak mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kehebatannya dengan lima kemenangan dan tiga permulaan petak pertama selepas setahun berlumba.

Penyelidikan dan pembangunan Cruze WTCC dilakukan di Korea Selatan, sementara kit badan aerodinamik yang direka khas dipasang di Australia. Kereta itu akhirnya dihantar ke Eropah, di mana casis dan enjinnya dilengkapkan. Berikut adalah spesifikasi Cruze WTCC 2010:

DIMENSI

Jarak roda (mm): 2,709
Panjang (mm): 4,633
Lebar (mm): 1,852
Tinggi (mm): 1,400
Track depan (mm): 1,740
Track belakang (mm): 1,740
Berat (kg): 1,150
Kapasiti bahan api (liter): 60

IMA_066

CASIS DAN SUSPENSI

Struktur bingkai: besi dengan roll cage FIA
Badan: besi/komposit dengan kit aerodinamik motorsport
Suspensi depan: Topang MacPherson
Suspensi belakang: Trailing Twist Axle
Rim dan tayar: 17 x 9 inci rim aluminium ATS Racing dan tayar Yokohama Competition
Brek depan: angkup aluminium 4 omboh dengan cakera 332 x 32 mm
Brek belakang: angkup aluminium 2 omboh dengan cakera 280 x 7 mm

IMA_112

ENJIN DAN TRANSMISI

Jenis: 2.0L Ecotec 4 silinder
Sesarab (cc): 1,998
Kuasa kuda (hp @ rpm): 285 @ 8,400
Tork (Nm @ rpm): 197 @ 5,800 rpm
Jenis transmisi: Sequential enam kelajuan dengan sambungan mekanikal
Kelajuan maksimum (km/j): 254

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Pada 2010, Chevrolet memperkasakan kedudukannya dalam kejohanan itu dengan merangkul gelaran Pengeluar dan Pemandu WTCC dengan Yvan Muller sebagai pemandu utama.

Pasukan itu meneruskan musim tersebut dengan enjin turbo 1.6 liter yang direka sepenuhnya oleh jurutera RML, Arnaud Martin. Sentuhan ajaibnya membolehkan pasukan itu memenangi 21 dari 24 perlumbaan pada 2011. Enjin itu juga membolehkan Martin merangkul anugerah Pereka Enjin tahun itu dari majalah Race Tech.

Chevrolet Cruze Sport

 

 

Previous post

VIDEO: Mercedes-AMG GT R Takluk Nurburgring

Next post

Peugeot 208 dan 2008 Facelift Muncul Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *