Cerita Auto

Toyota Corolla Altis Facelift Lebih Menggoda

Toyota Corolla Altis facelift kini dipamerkan di ibu pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam, menandakan kedatangannya ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain dari rekaan baharu yang lebih segar dan bertenaga, model 2017 ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri terkini yang mampu memikat hati pelanggan. Ia dibahagikan kepada tiga varian iaitu 1.8E (RM120,900), 1.8G (RM123,900) dan 2.0V (RM138,900).

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 05

Varian 1.8E didatangkan dengan beberapa kelengkapan standard seperti rim 16 inci, tujuh beg udara, skrin sentuh 7 inci, sensor parkir serta Vehicle Stability Control (VSC). Varian 1.8G pula mendapat cermin sisi kuasa, kluster instrumen Optitron, butang audio pada roda stereng dan juga kemasan kulit.

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 07

Sebagai varian tertinggi, Corolla Altis 2.0V menampilkan lampu LED projektor automatik, paddle shifter, kerusi jenis sport dengan sokongan lumbar dan cermin belakang auto electro chromic.

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 04

Dari aspek kuasa, kesemua varian menampilkan enjin empat silinder DOHC dengan VVT-i yang dipadankan dengan CVT tujuh kelajuan Shiftmatic. Model 2.0 liter mempunyai 145 PS dan 187 Nm, manakala model-model 1.8 liter mempunyai 139 PS dan 173 Nm.

 

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 01

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 08

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 11

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 15

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 10

Toyota Corolla Altis Facelift 2017 14

Previous post

Continental Tyre Malaysia Jalin Kerjasama Dengan ASEAN NCAP di Kempen 'Stop the Crash 2016'

Next post

Naza Italia Lancar Maserati Ghibli dan Ghibli S 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *