Cerita Auto

Naza Italia Lancar Maserati Ghibli dan Ghibli S 2017

Naza Italia telah mengumumkan kehadiran Maserati Ghibli dan Ghibli S ke pasaran Malaysia, dua bulan selepas penampilan pertama model itu di Paris Motor Show.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model 2017 itu mendapat beberapa penambahbaikan serta komponen teknikal terkini. Bermula dari bahagian dalam, papan pemuka telah direka semula bagi memuatkan skrin 8.4 inci dengan teknologi ‘multi touch’. Sistem infotainmennya boleh dipadankan dengan kedua-dua Apple CarPlay dan Android Auto. Kawalan dibuat menerusi tombol rekaan baharu.

03 Maserati Ghibli

Dari aspek teknikal, Ghibli menampilkan pakej Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go, Blind Spot Alert, Lane Departure Warning, Forward Collision Warning dengan Advanced Brake Assist, Automated Emergency Braking dan Surround View Camera.

22 Maserati Ghibli S

Keselesaan aero-akustik juga dipertingkatkan dengan bahan penebat yang mengurangkan bunyi di dalam kabin. Untuk menambah keselesaan penumpang, ciri Air Quality Sensor juga dipasang sebagai standard.

Seperti mana-mana Maserati, Ghibli menampilkan ciri-ciri unik seperti logo “Saetta” pada tiang C, pintu tanpa bingkai, rekaan gril hadapan yang ikonik serta empat ekzos krom untuk semua versi.

14 Maserati Ghibli

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan sama ada pakej Luxury atau Sport. Pakej Luxury merangkumi upholsteri kulit premium dan sutera Zegna Edition manakala Sport pula mendekati sejarah sukan bermotor Maserati dengan tambahan tempat duduk sports serta roda stereng dengan pedal gear aluminium.

Pelanggan yang memilih pakej Sport juga boleh mendapatkan pakej Carbon yang disediakan untuk dalaman dan luaran.

10 Maserati Ghibli

Dari segi enjin, kedua-dua varian dijana oleh enjin twin-turbo bersesaran 3.0 liter V6 yang digabungkan dengan kotak gear automatik ZF lapan kelajuan. Enjin yang dibina oleh Ferrari itu juga menampilkan fungsi Start & Stop.

Varian Ghibli mendapat 350 hp, iaitu 20 hp lebih banyak dari model sebelumnya. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.5 saat, dengan kelajuan maksimum yang dipertingkatkan kepada 267 km/j.

11 Maserati Ghibli S

Ghibli S pula mempunyai 410 hp, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 285 km/j.

Walaupun berkongsi komponen seperti casis, suspensi, enjin dan transmisi dengan Quattroporte, Ghibli sebenarnya 293 mm lebih pendek dan 50 kg lebih ringan berbanding model saloon itu. Ia juga mendapat penarafan lima bintang dari Euro NCAP.

07 Maserati Ghibli S

Maserti Ghibli dijual pada harga bermula dari RM618,800 manakala Ghibli S pula dari RM708,800 termasuk pakej servis selama tiga tahun atau 60,000 km.

 

07 Maserati Ghibli

05 Maserati Ghibli S

10 Maserati Ghibli S

 

Previous post

Toyota Corolla Altis Facelift Lebih Menggoda

Next post

Bolehkah Holden Commodore Baharu Ini Laku Di Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *