Cerita Auto

Subaru BRZ STI Sport Concept Bakal Muncul di Tokyo Auto Salon

Ia bukanlah versi turbo yang ditunggu-tunggu, namun Subaru BRZ STI Sport Concept masih boleh dianggap sebagai satu penambahbaikan yang mengujakan bagi kereta sport pacuan roda belakang yang digemari ramai itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal ditayangkan di Tokyo Auto Salon pada Januari ini, BRZ STI Sport Concept ditampilkan dengan beberapa perubahan kosmetik seperti spoiler hadapan, skirt sisi serta rim aluminium bersaiz 18 inci. Ia juga mendapat logo STI yang dilekat di bampar hadapan dan fender.

Bahagian dalamannya pula dikatakan dihiasi dengan upholsteri berwarna merah gelap (burgundy).

Maklumat mengenai perubahan mekanikal masih belum didedahkan, namun jika dilihat pada model Levorg STI Sport yang didatangkan dengan penyerap hentak Bilstein, spring lebih keras dan sistem stereng yang dipertingkatkan, tidak mustahil BRZ ini akan mendapat talaan yang sama.

BRZ STI Sport Concept akan dipamerkan di pertunjukkan itu bersama-sama dengan satu lagi model STI Sport yang diasaskan dari model WRX S4.

Previous post

Suzuki Swift Serba Baharu Dilancarkan di Jepun

Next post

Honda Malaysia Lanjutkan Operasi Penukaran Inflator Beg Udara Takata Hingga Mac 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *