Berita Auto

Honda Malaysia Lanjutkan Operasi Penukaran Inflator Beg Udara Takata Hingga Mac 2017

Honda Malaysia mengesahkan yang ia akan menghentikan operasi hab penukaran inflator beg udara Takata di bahagian tengah, utara dan selatan negara pada 31 Disember ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pada masa yang sama, syarikat itu akan membuka lebih banyak lokasi penukaran bermula Januari hingga Mac 2017 demi meneruskan usahanya dalam memastikan keselamatan pelanggan.

Perkhidmatan karavan bergerak yang akan berada di seluruh negara dan beroperasi tujuh hari seminggu turut akan diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan yang terlibat menukar inflator beg udara pada kenderaan mereka.

Pasukan bergerak tersebut juga akan melawat pengedar-pengedar kenderaan terpakai dan syarikat-syarikat korporat bagi penukaran segera di lokasi.

01 Honda Malaysia Mobile Hub for Takata front airbag replacement activities

Selain itu, Honda Malaysia turut melanjutkan operasi hab bergeraknya ke tiga pusat membeli-belah di Johor Bahru, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian tengah negara pada setiap hujung minggu sehingga Mac tahun hadapan.

Lokasi-lokasi hab bergerak tersebut boleh didapati di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.

Khidmat pintu-ke-pintu bagi menukar inflator beg udara yang disediakan oleh 84 pengedar sah Honda di seluruh negara sejak September juga akan dilanjutkan sehingga Mac 2017.

 

 

 

Previous post

Subaru BRZ STI Sport Concept Bakal Muncul di Tokyo Auto Salon

Next post

Volvo Memperkenalkan Skype Dalam Kabin

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *