Cerita Auto

Suzuki Swift Serba Baharu Dilancarkan di Jepun

Suzuki Swift serba baharu telah pun dilancarkan di Jepun dan akan mula dijual di negara itu bermula 4 Januari 2017. Hatchback yang popular di seantero dunia itu juga akan membuat penampilan global pertamanya di Geneva Motor Show pada Mac nanti.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti yang dilihat, Swift telah mengalami perubahan yang ketara sama ada dari aspek luaran mahupun dalaman. Ia menggunakan platform yang sama dengan model Baleno yang dikatakan 15 peratus lebih ringan dari versi sebelum ini. Di Jepun, Swift boleh didapati dalam enam varian – Hybrid RS, RSt, RS, Hybrid ML, XL dan XG.

2017 Suzuki Swift 05

Antara enjin yang ditawarkan adalah enjin Boosterjet 1.0 liter, tiga silinder, pengecas turbo yang menghasilkan 102 PS dan 150 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan pacuan roda hadapan.

2017 Suzuki Swift 04

Hatchback itu turut ditawarkan dengan enjin Dualjet 1.2 liter empat silinder dengan 91 PS dan 118 Nm yang boleh digabungkan sama ada dengan transmisi manual lima kelajuan atau CVT, dalam format pacuan empat roda atau dua roda hadapan. Varian hibrid pula mendapat padanan enjin tersebut dengan sistem SHVS (Smart Hybrid Vehicle by Suzuki).

2017 Suzuki Swift 03

Selain dari enjin dan platform baharu, Swift juga akan menampilkan kelengkapan dan sistem keselamatan yang dikemaskinikan, termasuk sistem infotainmen Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth, AUX, USB serta Adaptive Cruise Control.

Previous post

Alami BMW VISION NEXT 100 Melalui Video You Tube 360 ° 4K Ganjil Mereka

Next post

Subaru BRZ STI Sport Concept Bakal Muncul di Tokyo Auto Salon

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *