Gaya Hidup

Mazda Mulakan Produksi CX-3 di Hofu Plant

Mazda Motor Corporation mengumumkan bahawa syarikat itu memulakan pengeluaran Mazda CX-3 subcompact crossover SUV di Hofu Plant No.1 di Yamaguchi, Jepun. Langkah itu menguatkan sistem bekalan pembuat untuk kenderaan SUV, untuk permintaan yang semakin berkembang di peringkat global.

Hofu Plant menjadi kemudahan pengeluaran ketiga yang mengeluarkan CX-3, berikutan Ujina Plant No.1 (di Hiroshima), di mana pengeluaran bermula pada bulan Disember 2014, dan AutoAlliance (Thailand) Co., Ltd., di mana pengeluaran bermula pada bulan Oktober tahun lepas .

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengeluaran domestik CX-3 sehingga kini telah terhad kepada Ujina Plant No.1, yang juga menghasilkan Mazda CX-5 dan Mazda CX-9. Memindahkan sebahagian daripada  pengeluaran CX-3 ke Hofu meningkatkan keupayaan syarikat untuk membekalkan model ini dan mempercepatkan tindak balas dan fleksibel terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk SUV di peringkat global.

Mazda menyasarkan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran yang fleksibel yang mampu menghasilkan sehingga 50 peratus kenderaan crossover sambil syarikat berkerja kearah   memenuhi matlamat jualan global sebanyak 1.65 juta unit, seperti yang ditetapkan di dalam Peringkat 2 pelan perniagaan jangka sederhana Structural terasnya.

Previous post

Rekod Jualan 45 Bulan Berturut-Turut Untuk Mercedes-Benz

Next post

'Hawa' Dinobat Juara BMW Shorties 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *