Gaya Hidup

‘Hawa’ Dinobat Juara BMW Shorties 2016

‘Hawa’, filem pendek oleh Tan Ce Ding telah muncul sebagai Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2016. Edisi ke-10 BMW Shorties menerima jumlah penyertaan tertinggi, iaitu 115 buah filem, dan menyenarai pendekkan 12 finalis bagi pertandingan tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tan Ce Ding yang telah menyertai BMW Shorties sejak 2010, telah lima kali berjaya mendapat tempat dalam senarai 10 filem pendek terbaik tetapi tidak pernah memenangi pertandingan ini sehingga sekarang. Beliau akan menerima geran produksi sebanyak RM75,000 daripada Kumpulan BMW Malaysia serta bimbingan daripada para juri untuk menghasilkan filem pendek profesional beliau yang seterusnya.

Berlatarbelakangkan Malaysia yang berada dalam kemusnahan setelah dilanda wabak zombi, ‘Hawa’ merupakan cerita mengenai persahabatan di antara Hawa, gadis yang telah dijangkiti oleh gigitan zombi dan seorang anak muda yang perwatakan riang bernama Meng. Menerusi penggunaan perlambangan yang baik, Pengarah Tan Ce Ding dapat menyampaikan dengan berkesan kisah mengenai persahabatan – terutamanya bagaimana mudahnya ia terdedah kepada bahaya isu sosial yang digambarkan sebagai wabak zombi dalam filem ini yang mengancam persahabatan Hawa and Meng.

Bercakap pada majlis anugerah tersebut, Tan Ce Ding, Pengarah ‘Hawa’ berkata, “Setelah beberapa tahun menyertai BMW Shorties, saya amat teruja kerana akhirnya dapat memenangi Hadiah Utama bersama pasukan yang meyakini cerita seberani ‘Hawa’ dan berjaya menceritakannya semula dengan begitu baik dan bersemangat.

Ketika tema ‘Journey’ diumumkan, kami memutuskan untuk menghasilkan filem pendek yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga untuk berkongsi perjalanan yang dilalui dalam hubungan manusia – ancaman yang dihadapinya dan kesungguhannya untuk terus wujud walaupun dengan adanya ancaman tersebut.”

Di samping mendapat Hadiah Utama, ‘Hawa’ turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, dan Penataan Bunyi Terbaik. Produksi ini juga dicalonkan untuk Sinematografi Terbaik, Reka Bentuk Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Pelakon Terbaik, dan Pelakon Wanita Terbaik.

Filem pendek oleh finalis boleh ditonton di laman sesawang BMW Shorties (www.bmwshorties.com.my). Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook BMW Shorties di http://www.facebook.com/BMWShorties.

Previous post

Mazda Mulakan Produksi CX-3 di Hofu Plant

Next post

Siri TCR China 2017 Bakal Saji 2 Perlumbaan Sengit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *