Cerita Auto

Ini Dia Ford Fiesta WRC 2017

Sejak diperkenalkan kepada sukan rali, Ford Fiesta – sama ada dalam versi R1, R2, R5, S2000 atau WRC – telah menjadi antara nama yang digeruni dalam arena tersebut. Mana tidaknya, tahun ini sahaja model tersebut berjaya menggondol 159 kemenangan dan gelaran juara FIA European Rally Championship buat kali kedua berturut-turut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi meneruskan cabaran musim seterusnya, Ford bakal mempertandingkan Fiesta WRC 2017 yang dibina berdasarkan kepada model Fiesta terbaru yang baru sahaja dilancarkan.

15129073_1310490248994024_7118502864679599187_o

Menurut pengeluar itu, 95 peratus dari keseluruhan Fiesta WRC telah direka semula bagi mendapatkan lebih banyak kuasa serta cengkaman mekanikal. Ia bermula dari bahagian luaran, di mana kereta rali tersebut mendapat kit badan aerodinamik yang merangkumi splitter depan dan belakang serta spoiler yang begitu menyerlah dari segi saiznya.

Fiesta WRC menampilkan enjin EcoBoost 1,600 cc yang menghasilkan 380 hp dan 450 Nm. Enjin dengan suntikan bahan api itu dipadankan dengan kotak gear berjujukan enam kelajuan dengan shif hidraulik serta klac multi-cakera.

15369173_1310490162327366_2284625375685757470_o

Selain itu, kereta itu turut dilengkapi dengan sangkar perlindungan T45 manakala jumlah buih penyerap tenaga (energy absorbing foam) yang digunakan dipertingkatkan dari 60 ke 95 liter.

 

Previous post

Lexus LS Baharu Bakal Tampil di Detroit Auto Show

Next post

Kereta Lumba Shelby FP350S dari Ford Performance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *