Cerita Auto

Kereta Lumba Shelby FP350S dari Ford Performance

Jelas sekali apa yang anda lihat bukanlah sebuah Mustang biasa. Ini adalah kereta lumba Shelby FP350S yang dibangunkan khas oleh Ford Performance untuk acara-acara seperti Trans Am (TA3 dan TA4), NASA and SCCA Club Racing (T1 dan T2).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia adalah tawaran terkini dari Ford Performance yang bertanggungjawab dalam menghasilkan kereta-kereta lumba seperti FR500C, BOSS 302R dan 302S, serta juara IMSA Continental Tire SportsCar Challenge iaitu Shelby GT350R-C dan GT4.

Ford Shelby FP350S 02

Shelby FP350S menampilkan enjin 5.2 liter V8 yang dipertingkatkan dengan oil pan dan oil cooler berprestasi tinggi. Enjin itu dipadankan degan transmisi manual Tremec 3160 dengan pam minyak terbina, shifter dan nisbah pacuan belakang akhir 3.73.

Ford Shelby FP350S 03

Selain itu, ia turut menampilkan beberapa komponen lumba seperti ekzos, suspensi, brek berprestasi tinggi,spoiler gentian karbon boleh ubah,  sangkar perlindungan FIA, kerusi Sparco serta sistem data MOTEC.

 

Previous post

Ini Dia Ford Fiesta WRC 2017

Next post

Tayar Ganti : Jauh di Mata Dekat Di Hati? ...... TIDAK!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *