Berita Auto

Volkswagen Beetle Dune Edisi Terhad Kini di Malaysia

Selain dari Passat B8, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut melancarkan Beetle Dune yang diinspirasikan oleh kereta ‘buggy’ lagenda Amerika yang cukup popular pada tahun 1960 dan 1970-an.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Namun, Beetle lasak yang dipasang di Mexico ini terhad kepada 50 unit sahaja di Malaysia dan setiap satu dijual pada harga RM179,900.

The Beetle Dune (6)

Beetle Dune dikuasakan oleh enjin 1.4L TSI yang mampu menghasilkan 150 PS dan 250 Nm. Enjin pengecas turbo itu dipadankan dengan kotak gear DSG tujuh kelajuan.

The Beetle Dune 04

Berbanding Beetle biasa, Beetle Dune mempunyai jarak kelegaan tanah yang dinaikkan sebanyak 10mm untuk kegunaan yang lebih lasak. Gaya signaturnya diserlahkan melalui spoiler belakang, jalur hitam dan kemasan sisi serta bampar hadapan dan belakang yang direka semula. Rim aloi ‘Canyon’ bersaiz 18 inci melengkapkan lagi penampilan unik kereta tersebut.

????????

Hadir dalam satu warna sahaja iaitu Sandstorm Yellow, Beetle Dune juga dilengkapi dengan lampu depan Bi-Xenon, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED dan lampu kabus hadapan statik.

 

Previous post

Mazda Umum CX-5 Serba baharu Dan Warna Badan Soul Red Crystal Baharu

Next post

Sejarah Minyak Enjin Sintetik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *