Gaya Hidup

Pusat Khidmat Audi Kuala Lumpur Beroperasi Setiap Ahad

Euromobil Sdn Bhd, ahli DRB-HICOM, telah mengumumkan bahawa Pusat Khidmat Audi Kuala Lumpur dibuka pada hari Ahad, sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan itu. Operasi Ahad bermula pada 18 September.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Audi Service Centre Kuala Lumpur terletak di Jalan Chan Sow Lin dan dikendalikan oleh sepasukan 42 anggota penasihat perkhidmatan yang terlatih, juruteknik dan perunding untuk menyediakan penjagaan yang terbaik untuk kenderaan Audi anda. Pusat itu menempatkan 26 ruang servis, yang membolehkan lebih banyak kereta menjalani penyelenggaraan.

Waktu servis hari Ahad tersedia untuk mana-mana kenderaan Audi, sama ada dibeli daripada pengedar sah atau daripada grey importers. Ia hanya boleh didapati di Audi Perkhidmatan Kuala Lumpur, 10:00 pg – 06:00 ptg, khusus untuk servis standard, pelincir Audi Fastlane. Pelanggan dikehendaki menalipon 03-9222 0390 untuk tempahan slot mereka dengan kakitangan perkhidmatan mesra pelanggan.

audi-kl

Previous post

Memandu Kereta Berkuasa Petrol Berbanding Diesel

Next post

IONIQ Hybrid Hyundai Dibuka Untuk Booking Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *