Gaya Hidup

Penutupan Hentian Sebelah Gombak

Bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan pengguna lebuh rayanya, ANIH Berhad, pemegang konsesi bagi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan menjalankan kerja menaiktaraf lorong dan kawasan parkir melibatkan penutupan di Hentian Sebelah Gombak (menghala Kuala Lumpur).

Bagi memberi ruang kepada pelaksanaan kerja berkenaan, penutupan laluan masuk ke hentian itu akan dilaksanakan secara dua peringkat bermula 9 November ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Peringkat 1: 9 & 10 November 2016 (24 jam) Penutupan kawasan parkir lori, Hentian Sebelah Gombak. HANYA kenderaan ringan sahaja dibenarkan masuk ke hentian sebelah pada tarikh tersebut.

Peringkat 2: 14 – 17 November 2016 (24 jam) Penutupan sepenuhnya Hentian Sebelah Gombak. Ini juga melibatkan penutupan sepenuhnya fasiliti seperti gerai makanan/minuman, surau dan tandas.

Pelan penutupan Hentian Sebelah Gombak

Sehubungan itu, ANIH Berhad menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi semua papantanda serta arahan petugas dilokasi. Mesej penutupan turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal dengan berhenti di kawasan R&R atau hentian sebelah yang lain, jika perlu.

Untuk sebarang maklumat, sila ikuti Facebook: Lebuhraya Pantai Timur dan Twitter @LPTTrafik bagi mengetahui status dan keadaan terkini serta merancang perjalanan di sepanjang jajaran lebuh raya di bawah kendalian ANIH Berhad.

Segala kesulitan yang timbul daripada penutupan Hentian Sebelah Gombak ini adalah amat dikesali. Kesulitan sementara ini adalah untuk memberikan pengalaman hentian sebelah yang selesa dan terbaik bagi kemudahan pengguna di masa hadapan.

Gambar Street View Google Map

Gambar Street View Google Map

Ini dia street view google.com/maps lokasi Hentian Sebelah Gombak:  https://www.google.com/maps/@3.2580141,101.7274558,3a,75y,191.74h,87.78t/data=!3m6!1e1!3m4!1sY_F2WtylBeoKV93YYLDhtA!2e0!7i13312!8i6656!6m1!1e1

Previous post

Inikah Rupa Toyota Camry Baharu?

Next post

Menang Superbike Dengan Peraduan BHPetrol-Drive M7-DIGI

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *