Gaya Hidup

Peninjauan Automotif Untuk 2017

Kami sudah menikmati 15 tahun pertumbuhan …… dan kini sudah tiba masanya untuk kegawatan jualan automotif . Jika anda dari industri automotif dan anda membaca ini, anda mungkin akan kecewa sedikit dengan apa yang kita katakan ini, tetapi ini adalah suatu kenyataan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Daripada pemulihan krisis kewangan 1999, rakyat Malaysia membeli membeli dan terus membeli. Kereta, rumah, alat-alatan, bercuti, pakaian dan makan yang baik. Ya, hidup kita senang, sangat baik walaupun banyak isu-isu lain yang melanda ekonomi dan sosial kita setiap hari.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Dengan angka-angka pertumbuhan jualan kereta penumpang tertinggi di ASEAN sejak tahun 2001, rakyat Malaysia mempunyai selera yang besar untuk kereta dan jiran kita dengan jumlah penduduk yang lebih ramai dan angka GDP yang lebih tinggi tidak dapat menandingini  perkembangan kereta penumpang kita tahun ke tahun ……. sehinggalah 2016. Kami mula melihat penurunan yang perlahan jualan yang dirangsang oleh kebanyakkan  jenama kereta menawarkan diskaun ‘hebat-hebat’.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ya, kami katakan hebat kerana tidak pernah terjadinya begitu banyak tawaran istimewa, nilai overtrade, harga turun mendadak dan  pandu pulang istimewa dalam 15 tahun sejarah automotif kita.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jenama kereta yang established yang tidak pernah sebelum ini memberi diskaun sudah mula menjatuhkan harga kereta mereka dengan mendadak, menawarkan pembeli untuk membeli kereta mereka dengan baucar perkhidmatan, pakej perjalanan, gadget percuma, aksesori kereta percuma dan banyak lagi.

vw-passat-4

Menjelang suku ke-3 2016, ada beberapa jenama kereta yang menawarkan diskaun sehingga 40% ke atas model-model jualan perlahan mereka dan ia adalah stock sell down yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Pembeli kereta pada satu ketika dahulu yang bersumpah tidak akan membeli sesuatu jenama / model kereta, berkejar-kejar ke bilik pameran dengan genggaman wang tunai  untuk membeli model diskaun itu sehingga tak mengira apa warna sekali pun..

perodua-bezza-38-copy

Menjelang suku ke-4 tahun 2016 kita melihat beberapa model mewah dengan diskaun 25-30% disebabkan oleh kenaikan stok yang tak berjalan dan tidak lama lagi ketibaan dari kilang model penggantian keseluruhan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Melihat pada trend ini kita boleh katakan di sini  Malaysia TIDAK LAGI satu daripada 3 pasaran kereta PALING MAHAL terbaik di dunia. Kami mungkin dalam 10 teratas sekarang. Ya, ia adalah masa yang terbaik untuk pembeli kereta Malaysia.

honda-br-v5

Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi dengan sarkas ini pada tahun 2017. Ia sudah pasti akan menjadi satu perjalanan roller coaster yang lebih tinggi, lebih laju dan anda lebih baik berpegang kuat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Previous post

Hofele Design Memberi Facelift Kepada Land Rover Defender

Next post

Andrea Dovizioso Sertai Kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *