Cerita Auto

Andrea Dovizioso Sertai Kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo

Di antara 60 buah Lamborghini Huracan Super Trofeo yang akan mengambil bahagian dalam World Final di Valencia, satu unit bernombor “100” dengan warna asli akan menjadi perhatian ramai. Ini kerana pemandunya adalah pelumba motosikal yang terkenal.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pemandu tersebut tidak lain tidak bukan adalah penunggang MotoGP pasukan Ducati iaitu Andrea Dovizioso, yang akan memandu sebagai tetamu jemputan VIP dalam pusingan keenam kejuaraan Blancpain Super Trofeo dan World Final yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Disember.

Huracan_Front

Kini dalam musim keempat bersama Ducati Corse, penunggang berusia 30 tahun dari Forli itu telah mengambil bahagian dalam 258 perlumbaan World GP (160 daripadanya adalah Moto GP) dan sangat biasa dengan litar di Valencia. Beliau juga pemegang rekod kelajuan tertinggi di litar itu iaitu 335 km/j yang dicatat pada 2015.

Huracan_Top

“Saya berasa sangat gembira untuk menimba pengalaman ini bersama Lamborghini. Saya baru sahaja menamatkan musim MotoGP di Valencia dan secara jujurnya, saya tidak tahu apa rasanya untuk berlumba dengan empat roda di litar ini, namun saya tidak sabar,” kata Andrea.

Huracan_Rear

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Andrea akan memandu Huracan. Penunggang dari Itali pernah mengambil bahagian dalam program Lamborghini Track Accademia di Imola Mei lalu, di mana beliau berlatih bersama seorang lagi pelumba MotoGP iaitu Casey Stoner.

 

Previous post

Peninjauan Automotif Untuk 2017

Next post

Haval M4 Tawar Insentif Menarik Untuk Pembeli Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *