Berita Auto

Ford dan SDAC Tingkatkan Pengalaman Pelanggan dengan Cabaran Piala Dunia Kali Ke-3

Ford bersama pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) meneruskan komitmen untuk meningkatkan pengalaman khidmat pelanggannya di Malaysia menerusi acara tahunan Cabaran Piala Dunia (World Cup Challenge) kali ketiga. Ia merupakan satu pertandingan kemahiran yang mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada para perunding jualan atas pengetahuan serta kemahiran mereka dalam menawarkan khidmat pelanggan bertaraf dunia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Cabaran Piala Dunia membuktikan pelaburan Ford dalam usaha membangunkan kemahiran kakitangan kami menerusi latihan-latihan yang intensif. Di samping menyediakan satu platform untuk para perunding jualan kami menajamkan kemahiran dan pengetahuan mereka demi menawarkan pengalaman bertaraf dunia kepada para pelanggan,” kata Pengarah Urusan, Asia Pasifik dan Pasaran Membangun, Ford Motor Company, Bagus Susanto.

Photo 5

Cabaran Piala Dunia pada tahun ini menyaksikan 15 perunding jualan terbaik dari seluruh negara – pemenang cabaran serantau dari wilayah Utara, Selatan, Tengah, Pantai Timur dan Malaysia Timur bersaing untuk peluang membawa pulang hadiah wang tunai.

Para perunding jualan dinilai berdasarkan kepada bagaimana mereka mengurus hubungan dengan pelanggan. Ia merangkumi aspek tahap khidmat pelanggan, memastikan kepuasan mereka, pengetahuan tentang kenderaan Ford serta kemampuan untuk menerangkan ciri-ciri, fungsi serta manfaatnya dengan berkesan.

Photo 7

“Kualiti pengalaman khidmat pelanggan yang kami tawarkan sama pentingnya dengan kualiti kenderaan Ford. Kami bangga kerana mempunyai kakitangan yang cukup berdedikasi dan dapat dikenal pasti menerusi Cabaran Piala Dunia ini,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Cabaran Piala Dunia diadakan di Sime Darby Auto Connexion, Petaling Jaya 2 (SDAC PJ2) yang terletak di sebelah Lebuh Raya Persekutuan, berhadapan dengan pengedar SDAC PJ.

Photo 8

Berikut adalah senarai pemenang:

Juara

Ezyanti Bt. A. Razak – Capital Intertrade

Tempat kedua

Kevin Ncholas Rajagopal – SDAC Juru

Tempat ketiga

Kenny Siew Kok Wai – SDAC Petaling Jaya

Previous post

Toyota Buka Bilik Pameran Generasi Seterusnya di Johor Bahru

Next post

Stok Inflator Beg Udara Penumpang Pada Tahap 55% - Honda Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *