Berita Auto

Stok Inflator Beg Udara Penumpang Pada Tahap 55% – Honda Malaysia

Honda Malaysia mengesahkan yang ia akan menambah stok inflator beg udara penumpang buatan Takata sebanyak 55% menjelang hujung bulan ini, sebulan lebih awal dari jangkaan sebelum ini. Syarikat itu juga menjangkakan pertambahan stok sehingga 70% pada bulan Disember.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sehingga 23 November 2016, Honda Malaysia telah menggantikan lebih dari 62.300 unit inflator beg udara penumpang daripada kira-kira 125,000 unit kenderaan yang terlibat.

Syarikat itu terus menggesa pemilik kenderaan yang terlibat untuk menukar inflator beg udara penumpang secepat mungkin dengan membuat temu janji di mana-mana hab servis sentral atau pengedar Honda bertauliah.

Selain itu, Honda Malaysia juga telah mengambil langkah pencegahan dengan menukar sebanyak 147,894 unit inflator beg udara Takata dalam satu kempen panggilan semula yang diumumkan pada 23 Jun 2016.

01 Honda Malaysia Mobile Hub for Takata front airbag replacement activities

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa stok inflator beg udara pemandu kini berada pada tahap 100% di kesemua hab dan pusat servis Honda. Setakat 23 November 2016, syarikat itu telah menggantikan lebih dari 175,000 unit inflator beg udara dari 264,000 unit kenderaan yang terlibat.

Bagi memastikan kemudahan pelanggan, Honda Malaysia juga telah menambah bilangan hab mudah alihnya dari 11 kepada 18 lokasi di pusat-pusat membeli-belah. Pelanggan boleh mendapatkan lokasi-lokasi terkini di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.

Previous post

Ford dan SDAC Tingkatkan Pengalaman Pelanggan dengan Cabaran Piala Dunia Kali Ke-3

Next post

Nico Rosberg Juara Formula One 2016

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *