Cerita Auto

Toyota Buka Bilik Pameran Generasi Seterusnya di Johor Bahru

UMW Toyota Motor baru-baru ini telah merasmikan pembukaan sebuah bilik pameran Toyota di Johor Bahru. Pusat itu yang menampilkan konsep Bilik Pameran Toyota Generasi Seterusnya menggantikan bilik pameran sebelum ini yang terletak di Jalan Kebun Teh.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bilik pameran terbaru itu memuatkan ruang tamu bergaya di mana pelanggan boleh menikmati kopi sambil melayari internet atau membaca maklumat produk menerusi skrin digital. Ibu-bapa juga boleh membiarkan kanak-kanak bermain di ruang khas yang disediakan.

Bilik pameran itu juga menampilkan ruang khas yang memaparkan model-model terbaru dan juga paparan khas untuk imej gaya hidup. Bagi meningkatkan pengalaman pengunjung, pusat itu juga mempunyai ruang aksesori dan barangan eksklusif Toyota TRD.

Toyota JB 02

Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor berkata, UMW Toyota Motor telah membelanjakan RM15 juta untuk kemudahan baru ini yang menjadi model bagi konsep Bilik Pameran Toyota Generasi Seterusnya. Pada masa akan datang, lebih banyak bilik pameran serta pusat servis Toyota yang akan menerima pakai konsep baru ini.”

Bilik pameran dua tingkat itu terletak di No.31, Jalan Tun Abdul Razak (Susur 5), Johor Bahru. Selain itu, UMWT juga mempunyai pusat servis 2S di Larkin dan tiga lagi pusat 3S di negeri itu.

Previous post

EcoBoost Track Day Experience Buktikan Keupayaan Enjin Berkapasiti Kecil Ford

Next post

Ford dan SDAC Tingkatkan Pengalaman Pelanggan dengan Cabaran Piala Dunia Kali Ke-3

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *