Cerita Auto

F4/SEA Sedia Untuk Hujung Minggu Penuh Aksi

Persiapan untuk kejohanan Formula 4 Asia Tenggara (F4/SEA) pusingan ketiga yang diadakan di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia berjalan lancar. Barisan pemandu muda yang bakal bersaing pada perlumbaan itu berjaya menghabiskan sesi ujian bersama kereta lumba masing-masing buat pertama kali.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sesi ujian yang dilakukan secara berkumpulan itu bertujuan untuk membiasakan pelumba dengan ciri-ciri unik litar sepanjang 4.12 km itu yang mempunyai 12 selekoh laju dan lancar.

???????????????????????????????????????????

Antara pelumba yang mengambil bahagian pada sesi ujian tersebut adalah Presley Martono (INA, #32), Keanon Santoso (INA, #88), Akash Gowda (IND, #33) dan Mohamed Nalwalla (IND, #46).

???????????????????????????????????????????

Dengan piala Star Driver sekali lagi dipertandingkan untuk pemandu dengan mata tertinggi, saingan antara pelumba-pelumba muda itu bakal menjadi sengit. Acara pada hujung minggu ini bermula dengan sesi kelayakan dan Perlumbaan 1 pada hari Jumaat, diikuti dengan Perlumbaan 2, 3 dan 4 pada hari Sabtu dan seterusnya Perlumbaan 5 dan 6 pada hari Ahad.

 

 

Previous post

CROSSOVER 7 Subaru Baharu

Next post

BMW Tayang HP4 RACE di EICMA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *