Berita Auto

Audi Kuala Lumpur Kini Beroperasi Pada Hari Ahad

Euromobil Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa pusat Audi Kuala Lumpur kini dibuka pada hari Ahad, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan. Operasi pada hari Ahad ini telah bermula sejak 18 September 2016.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pusat khidmat Audi Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Chan Sow Lin, dikendalikan oleh 42 anggota pasukan terlatih yang terdiri daripada penasihat perkhidmatan, juruteknik dan para perunding. Pusat ini mempunyai 26 ruang servis, membolehkan proses pusingan penyelenggaraan kereta yang lebih efisien.

Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, telah menggariskan bahawa kepuasan pelanggan merupakan asas yang penting bagi syarikat.

“Kami percaya bahawa pelanggan berhak menerima perkhidmatan yang berkualiti sepanjang pengalaman memilikan jenama Audi. Pusat servis yang dibuka pada hari Ahad ini adalah bukti dan tanda komitmen kami terhadap permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menghantar kenderaan mereka pada hari kerja. Kami ingin memudahkan kumpulan pelanggan ini untuk memastikan tahap kereta mereka berada dalam keadaan terbaik, ” katanya.

Audi Kuala Lumpur 02

Syed Faisal berkata bahawa operasi pada hari Ahad ini adalah salah satu cara pihak Euromobil memberi kegembiraan kepada para pelanggan Audi untuk merasai pengalaman selepas jualan yang mesra pelanggan.

“Pada hakikatnya, lebih panjang masa operasi yang ditawarkan dalam seminggu maka akan pendeklah tempoh menunggu bagi pemilik Audi untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan kereta. Ini memberikan lebih ruang dan masa yang fleksibil untuk mereka,” tambahnya lagi.

Waktu perkhidmatan yang dilanjutkan pada hari Ahad ini adalah sah untuk mana-mana kenderaan Audi, sama ada dibeli daripada pengedar sah atau daripada ‘grey importer’. Pusat ini dibuka mulai jam 10:00 pagi hingga jam 6:00 petang, khususnya untuk servis standard penukaran minyak pelincir. Para pelanggan dikehendaki menghubungi perkhidmatan mesra pelanggan Audi di 03-9222 0390 untuk menempah slot mereka.

Previous post

Leona Chin Menang Tempat Kedua di Renault Clio Cup China

Next post

Platform Baru MUV Membantu Anda Beli Kereta Terus Dari Penjual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *